Ahad, 24 Mei 2009

ULASAN BUKU

Nama Pengarang : Richard Sagor
Tahun Terbitan : 2005
Tajuk Buku : The Action Research Guidebook : A Four-Step Process for Educators and School Teams
Negeri Penerbit : Thousand Oaks, California
Nama Penerbit : Sage Publications Company
Di dalam buku ini menjelaskan bahawa pengertian kajian tinakan ialah satu siasatan atau kajian yang dijalankan oleh seseorang untuk mengambil tindakan berkenaan tindakan mereka sendiri untuk tujuan bagi memperbaiki tindakan-tindakan akan datang mereka.
Apa yang saya dapat fahami daripada buku ini ialah kajian tindakan sebenarnya terbahagi kepada 4 peringkat, iaitu:
  • Mengenal pasti visi dan target
  • Membuat teori
  • Melaksanakan tindakan dan mengumpul data
  • Refleksi data dan melakukan plan tindakan

4 peringkat ini akan membantu kita bagaimana untuk kita memperbaiki praktis untuk mencapai matlamat iaitu kecemerlangan pelajar.

Terma dan Konsep

Terdapat 3 soalan yang sering ditanya bagi memastikan ianya benar-benar kajian tindakan atau sebaliknya. Jika ketiga-tiga jawapan daripada soalan itu "Ya" bermakna kajian tersebut memenuhi kehendak kajian tindakan . Sekiranya jawapan yang diperoleh "Tidak" bagi ketiga-tiga soalan atau salah satu daripadanya, maka perlu membuat semula kajian tersebut.

3 soalan itu ialah:

  1. Adakah kajian itu berfokus kepada tindakan profesional?
  2. Adakah pngkaji mempunyai kuasa untuk menyelaraskan tindakan masa depan berdasarkan keputusan?
  3. Adakah pengukuhan itu perlu?

Di dalam buku ini pengarang juga menerangkan bahawa kajian tindakan seperti kebanyakan jenis-jenis kajian amnya adalah dijalankan untuk salah satu daripada dua tujuan, iaitu:

  1. Kenal pasti perkara yang sedang berlaku
  2. untuk menguji satu hipotesis

Antara lain, pengarang menjelaskan 5 strategi khusus yang boleh membantu para pengkaji yang melakukan kajian tindakan dalam pendidikan dalam mengenal pasti keutamaan kajian iaitu:

  • Penulisan refkektif

Menggunakan penulisan reflektif untuk mendapatkan fokus sesuatu kajian

  • Jurnal

Menggunakan Jurnal untuk kenal pasti fokus kajian tindakan

  • Menemuduga reflektif

Proses ini di mana pengkaji mengambil maklumat daripada individu lebih kurang 15 minit seorang. Meti diingati bahawa menemuduga reflektif adalah bukan satu perbincangan.

  • Wacana analitis

Ianya lebih kurang dengan kaedah menemuduga reflektif tetapi kaedah ini mempunyai formatnya yang tersendiri, iaitu:

  1. Pembentangan isu. Pengkaji mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk menerangkan bidang yang akan dikaji
  2. Menjelaskan soalan. Ahli panel boleh bertanyakan soalan jika tidak jelas tentang sesuatu
  3. Mengkaji soalan. Ahli panel bertanyakan soalan yang memerlukan pengkaji mencari jawapan dan memberi jawapan yang dapat difahami dengan mendalam.

Selain itu, semasa menjalankan satu wacana analitis tiga peraturan asas mesti diikuti oleh panel temuduga. peraturan-peraturan ini adalah direka untuk memastikan bahawa orang yang ditemu duga penyelidik mencapai kepada satu pemahaman peribadi yang lebih mendalam terhadap isu itu. Peraturan asas itu adalah:

  • Soalan sahaja, bukan komen
  • Tiada komen kritikan
  • Tiada Cadangan

4. Pasukan Reflektif. Setiap orang dari ahli kumpulan mesti memberikan jawapan kepada 4 soalan dalam masa 15 minit.

Dalam buku ini juga pengarang menjelaskan mengenai penapisan fokus. Seseorang pengkaji seharusnya mengetahui atau jelas mengenai matlamat yang ingin dicapai. Sekiranya matlamat jelas, barulah kajian yang dijalan kan akan berhasil. Bagaimana cara membuat penapisan fokus? Caranya ialah dengan melakukan "postmortem", membandingkan pengalaman kita dengan pengalaman orang lain supaya dapat mengetahui kesalahan dan sebagainya, mengumpul maklumat dari rakan sekerja, kajian kepustakaan dan lain-lain.

1 ulasan: