Ahad, 31 Mei 2009

KULIAH 7 (HAJJAH HALIMAH)

Pada hari ini kelas bermula dengan sesi pembentangan proposal.. Proposal yang dibentangkan atas pilihan Hajjah sendiri.. Para pelajar lain diminta menyoal atau memberi cadangan serta pandangan kepada kumpulan yang membentang proposal mereka. Kebanyakan proposal yang dikemukakan memang menarik dan mendapat galakan dari Hajjah untuk meneruskan kajian. Mana yang kurang lengkap, perlu melengkapkan proposal masing-masing.
Selepas sesi pembentangan Hajjah meminta semua pelajar menulis luahan hati mengenai kajian tindakan di dalam satu kertas. Luahan ini bermula dari sebelum masuk kelas kajian tindakan sehinggalah pada hari ini apa yang diperolehi hasil dari pengajaran dan pembelajaran kajian tindakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan