Rabu, 27 Mei 2009

KULIAH 6 (HAJJAH HALIMAH)

Aktiviti 1:
Sesi suai kenal. Semua pelajar diminta menjawab soalan berikut:
Nama dan No Matrik
Bidang Pengkhususan
Alamat Tetap
Status
Mengapa ingin menjadi cikgu?
Guru yang paling disukai dan Sebab (kenapa)?
Guru yang paling dibenci dan Sebab(kenapa)?
Apakah tugas guru?
Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir.

Aktiviti 2:
Cari seorang kawan dan buat refleksi berkenaan mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban. Saya telah berpasangan dengan Ainul Yaqin Abdullah. Refleksi tersebut mesti menjawab soalan berikut:
apa?
kenapa?
bagaimana?
prosedur.
Kami memilih tajuk sejauh mana Penglibatan Pengetua dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, Pengajaran dan sebagainya.
Aktiviti 3:
Bentuk kumpulan terdiri daripada 5 orang (campur lelaki, perempuan, program biologi dan pendidikan Islam, bangsa India dan Melayu)dan perlu membuat satu proposal kajian tindakan. Fikirkan satu tajuk yang sesuai untuk proposal tersebut dan hantar selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009. Ahli-ahli kumpulan ialah :
  • Nawal Samsudin
  • Hasmalina Hamzah
  • Nurul Syuhada Mohd Muzni
  • Ainul Yaqin Abdullah
  • badrol Hisham Majid
Kumpulan kami telah memilih tajuk : Pendekatan al-Qur'an bagi menangani masalah disiplin di kalangan pelajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan