Rabu, 29 April 2009

AKTIVITI 2

Selepas aktiviti kursus kaedah mengajar, Refleksi ke atas masalah penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.



Cadangkan satu strategi atau kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut



REFLEKSI



Kumpulan saya iaitu dianggotai oleh saya NAWAL dan NURUL SYUHADA telah memilih bab ayat kefahaman (Pendidikan Islam). Apa yang kami dapati ialah:



->Guru-guru kurang menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk multimedia

->Guru juga kurang pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu tajuk

->Guru juga hanya menggunakan rujukan buku teks semata-mata tanpa mempelbagaikan bahan rujukan

->Guru juga tidap dapat mengawal loghat atau dialek negeri masing-masing.



STRATEGI

>>Banyakkan penggunaan BBM yang berbentuk multimedia yang dapat menarik minat para pelajar

>>Guru perlu mempunyai inisiatif tersendiri dalam menambahkan ilmu agama Islam seperti banyak membaca buku-buku yang berkaitan dan membuat rujukan di internet

>>Guru perlu meluaskn pandangan dengan mengambil rujukan dari luar bukan hanya buku teks semata-mata seperti rujukan melalui media cetak dan elektronik

>>Guru mesti membiasakan diri bertutur dengan menggunakan bahasa baku

AKTIVITI 1(REFLEKSI)

selepas mengikuti program BIG II,
>Refleksi ke atas masalah diri anda
>Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda dan rancang pelan tindakan untuk menambahbaik
-matlamat (umum)
-objektif
>Pelan Tindakan
-Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
-Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
-Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
-Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksankan mencapai

REFLEKSI

Selepas saya mengikuti program BIG II, saya dapati saya mempunyai masalah dari segi pengurusan masa dan juga kurang keyakinan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan serta berpandangan negatif terhadap aktiviti-aktiviti tersebut. Saya juga menganggap semua aktiviti yang dijalankan terlalu berat, lasak dan tidak mungkin dapat dilakukan oleh saya.

penambahbaikan dan tindakan yang saya perlu lakukan ialah
::.Disiplinkan diri untuk menepati masa dan bersedia dengan lebih awal sebelum melakukan sebarang aktiviti
::.Tidak berpandangan negatif terhadap sesuatu aktiviti dan memandang rendah kepada diri sendiri sebelum mencubanya terlebih dahulu
::.Memotivasikan diri untuk melaksanakan aktiviti dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh

Matlamat
"Menjadi insan yang dapat mendidik orang lain menjadi insan yang versatil dan holistik"

Objektif
*Menguatkan ketahanan mental dan fizikal
*memupuk nilai-nilai yang murni seperti kerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan sebagainya.

PELAN TINDAKAN

Langkah-langkah yang perlu diambil
#sentiasa melakukan riadah bersama rakan
#muhasabah diri
#meminta rakan memantau sama ada wujudnya perubahan dalam diri atau tidak

Mengumpul data
^:Catatan diari
^:Pemerhatian kendiri
^:Soal selidik tidak berstruktur. Contohnya tanya rakan

Cara pemantauan
}pemerhatian kendiri
}pemantau dari rakan

Penilaian
:Formatif iaitu pemerhatian berterusan
:Sumatif

Sabtu, 25 April 2009

Pengenalan Kajian Tindakan

Pengenalan
Menurut Kemmis dan Mc Taggart (1988), konsep kajian tindakan telah dipelopori oleh Kurt Lewin.

Definisi Kajian Tindakan
Lewin (1946) mendifinisikan Kajian Tindakan sebagai satu kitaran langkah-langkah yang terdiri daripada aktiviti merancang, bertindak dan menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil. Kitaran ini akan diulangi, di mana hasil dapatan kitaran pertama digunakan untuk perancangan kitaran kedua dan begitulah seterusnya sehingga keputusan yang memuaskan diperolehi.

McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Kepentingan Kajian Tindakan
Sebagai guru, kajian tindakan sangat penting kerana:

-mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.

-dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri serta meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.

-dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

-membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan dan merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

Jenis-jenis Kajian Tindakan

1)Individu
pemerhatian yang dibuat dalam kelas oleh guru

2)Sekolah
organisasi-fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah
3)Daerah
organisasi-fokus kepada isu yang sama di peringkat daerah
4)Kolaboratif
lebih dari 2 orang-dalam bidang yang sama
-pelbagai subjek
-dengan pihak luar

SelamaT DatanG...WelCome...AhlaN wa SahLaN...

Selamat datang ke blog saya...
Dalam blog ini saya akan menyediakan pelbagai info atau maklumat mengenai Kajian Tindakan dalam Pendidikan...

Diharap kepada sesiapa yang melawat blog ini akan mendapat maklumat walaupun sedikit....

Terima Kasih:-)