Rabu, 29 April 2009

AKTIVITI 1(REFLEKSI)

selepas mengikuti program BIG II,
>Refleksi ke atas masalah diri anda
>Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda dan rancang pelan tindakan untuk menambahbaik
-matlamat (umum)
-objektif
>Pelan Tindakan
-Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
-Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
-Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
-Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksankan mencapai

REFLEKSI

Selepas saya mengikuti program BIG II, saya dapati saya mempunyai masalah dari segi pengurusan masa dan juga kurang keyakinan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan serta berpandangan negatif terhadap aktiviti-aktiviti tersebut. Saya juga menganggap semua aktiviti yang dijalankan terlalu berat, lasak dan tidak mungkin dapat dilakukan oleh saya.

penambahbaikan dan tindakan yang saya perlu lakukan ialah
::.Disiplinkan diri untuk menepati masa dan bersedia dengan lebih awal sebelum melakukan sebarang aktiviti
::.Tidak berpandangan negatif terhadap sesuatu aktiviti dan memandang rendah kepada diri sendiri sebelum mencubanya terlebih dahulu
::.Memotivasikan diri untuk melaksanakan aktiviti dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh

Matlamat
"Menjadi insan yang dapat mendidik orang lain menjadi insan yang versatil dan holistik"

Objektif
*Menguatkan ketahanan mental dan fizikal
*memupuk nilai-nilai yang murni seperti kerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan sebagainya.

PELAN TINDAKAN

Langkah-langkah yang perlu diambil
#sentiasa melakukan riadah bersama rakan
#muhasabah diri
#meminta rakan memantau sama ada wujudnya perubahan dalam diri atau tidak

Mengumpul data
^:Catatan diari
^:Pemerhatian kendiri
^:Soal selidik tidak berstruktur. Contohnya tanya rakan

Cara pemantauan
}pemerhatian kendiri
}pemantau dari rakan

Penilaian
:Formatif iaitu pemerhatian berterusan
:Sumatif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan