Sabtu, 25 April 2009

Pengenalan Kajian Tindakan

Pengenalan
Menurut Kemmis dan Mc Taggart (1988), konsep kajian tindakan telah dipelopori oleh Kurt Lewin.

Definisi Kajian Tindakan
Lewin (1946) mendifinisikan Kajian Tindakan sebagai satu kitaran langkah-langkah yang terdiri daripada aktiviti merancang, bertindak dan menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil. Kitaran ini akan diulangi, di mana hasil dapatan kitaran pertama digunakan untuk perancangan kitaran kedua dan begitulah seterusnya sehingga keputusan yang memuaskan diperolehi.

McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Kepentingan Kajian Tindakan
Sebagai guru, kajian tindakan sangat penting kerana:

-mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.

-dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri serta meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.

-dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

-membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan dan merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

Jenis-jenis Kajian Tindakan

1)Individu
pemerhatian yang dibuat dalam kelas oleh guru

2)Sekolah
organisasi-fokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah
3)Daerah
organisasi-fokus kepada isu yang sama di peringkat daerah
4)Kolaboratif
lebih dari 2 orang-dalam bidang yang sama
-pelbagai subjek
-dengan pihak luar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan