Ahad, 31 Mei 2009

KULIAH 7 (HAJJAH HALIMAH)

Pada hari ini kelas bermula dengan sesi pembentangan proposal.. Proposal yang dibentangkan atas pilihan Hajjah sendiri.. Para pelajar lain diminta menyoal atau memberi cadangan serta pandangan kepada kumpulan yang membentang proposal mereka. Kebanyakan proposal yang dikemukakan memang menarik dan mendapat galakan dari Hajjah untuk meneruskan kajian. Mana yang kurang lengkap, perlu melengkapkan proposal masing-masing.
Selepas sesi pembentangan Hajjah meminta semua pelajar menulis luahan hati mengenai kajian tindakan di dalam satu kertas. Luahan ini bermula dari sebelum masuk kelas kajian tindakan sehinggalah pada hari ini apa yang diperolehi hasil dari pengajaran dan pembelajaran kajian tindakan.

Rabu, 27 Mei 2009

KULIAH 6 (HAJJAH HALIMAH)

Aktiviti 1:
Sesi suai kenal. Semua pelajar diminta menjawab soalan berikut:
Nama dan No Matrik
Bidang Pengkhususan
Alamat Tetap
Status
Mengapa ingin menjadi cikgu?
Guru yang paling disukai dan Sebab (kenapa)?
Guru yang paling dibenci dan Sebab(kenapa)?
Apakah tugas guru?
Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir.

Aktiviti 2:
Cari seorang kawan dan buat refleksi berkenaan mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban. Saya telah berpasangan dengan Ainul Yaqin Abdullah. Refleksi tersebut mesti menjawab soalan berikut:
apa?
kenapa?
bagaimana?
prosedur.
Kami memilih tajuk sejauh mana Penglibatan Pengetua dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, Pengajaran dan sebagainya.
Aktiviti 3:
Bentuk kumpulan terdiri daripada 5 orang (campur lelaki, perempuan, program biologi dan pendidikan Islam, bangsa India dan Melayu)dan perlu membuat satu proposal kajian tindakan. Fikirkan satu tajuk yang sesuai untuk proposal tersebut dan hantar selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009. Ahli-ahli kumpulan ialah :
  • Nawal Samsudin
  • Hasmalina Hamzah
  • Nurul Syuhada Mohd Muzni
  • Ainul Yaqin Abdullah
  • badrol Hisham Majid
Kumpulan kami telah memilih tajuk : Pendekatan al-Qur'an bagi menangani masalah disiplin di kalangan pelajar

Selasa, 26 Mei 2009

PERBANDINGAN JURNAL

PERBEZAAN

Sampel

Jurnal 1: Pelajar gred 6

Jurnal 2: Pengajar pelbagai bidang

Jurnal 3:Graduan

Setting

Jurnal 1:
Kajian ini dijalankan dalam satu bilik darjah gred yang keenam dalam satu Sekolah Pembangunan Profesional yang dikaitkan dengan Benedum Five Year Teacher Education Program.

Jurnal 2:
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Kursus Penerapan Kasih Sayang yang diperkenalkan di Taiwan bagi Ijazah Kejururawatan.

Jurnal 3:
Kajian ini dijalankan di Kampus Universiti Pacific Azusa, California.

Prosedur Kajian

Jurnal 1:
Terdapat 3 peringkat dalam kajian ini



  1. Merancang untuk menjalankan kajian ke atas graduan yang mengambil subjek kajian tindakan.
  2. Membuat atau laksanakan kajian.
  3. Menilai perubahan yang berlaku.
Jurnal 2:
Terdapat 4 peringkat dalam kajian ini



  1. Perancangan.

Para pengkaji menjemput sarjana-sarjana daripada institusi lain untuk membentangkan seminar dan bengkel-bengkel mengenai konsep kasih sayang.

2. Reka bentuk.

Mereka sebuah buah buku panduan untuk unit yang mengandungi maklumat dan bahan-bahan rujukan.

3. Pelaksanaan:

Melibatkan pelajar termasuk ceramah-ceramah, peranan memperagakan, dialog-dialog, menjaga kumpulan. dalam kelas amalan kemahiran tertentu dan tindakan-tindakan, dan prestasi menjaga kelakuan di luar sekolah. Pada tiga waktu semasa semester ( permulaan, separuh penggal, minggu akhir), pengajar-pengajar itu bertemu untuk berkongsi pengalaman-pengalaman mengajar mereka dan idea-idea.

4. Penilaian.

Fokus kepada 3 aspek penilaian, iaitu:

  • pengetahuan mengenai kasih sayang. Ia dinilai melalui ujian-ujian bertulis, journaling, dan laporan-laporan kumpulan.
  • Sikap kasih sayang, dinilai melalui penulisan jurnal dan penyertaan di dalam kelas.
  • Tingkah laku kasih sayang, dinilai oleh kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif

Jurnal 3:

  • Guru merancang satu pengajaran yang menarik.
  • Melaksanakan pengajaran tersebut.
  • Guru dan Pelajar nembuat penilaian.


Pengumpulan Data

Jurnal 1:

  • Guru melihat perubahan yang berlaku setiap hari selepas selesai mengajar.
  • Pendekatan yang berkesan akan direkod di dalam jurnal bertujuan sebagai panduan di masa hadapan.
  • Pelajar membuat refleksi selepas tamat sesi pembelajaran bagi subjek tersebut.

Jurnal 2:

  • Kualitatif
  • Kuntitatif

Jurnal 3:

  • Perbincangan
  • Temu Bual
  • Laporan oleh instrumen

Penganalisaan Data

Jurnal 1:

Guru mengumpul data dan merekod teknik yang berkesan sahaja untuk diguna di masa hadapan. Teknik yang tidak berkesan, dihapuskan.

Jurnal 2:

Menganalisis secara kulitatif dan kuantitatif.

Jurnal 3:

  • Menganalisis secara kualitatif dan kuantitatif.
  • Membuat perbandingan dan direkod di dalam satu jadual.

PERSAMAAN

Ketiga-tiga jurnal ini mempunyai persamaan iaitu:

  • Fokus kepada pengajaran dan pembelajaran (p&p).
  • Pengumpulan Data melalui refleksi daripada instrumen.
  • Ketiga-tiganya menjalankan kajian secara kolaboratif.

RUMUSAN

Jurnal 1:

Satu Kajian Tindakan menyepadukan aktiviti seni pilihan pelajar di dalam kelas sains sosial gred 6

Kajian ini dilakukan bagi meneroka bagaimana seni dalam pendidikan sains sosial boleh meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dan juga pencapaian pelajar kesan daripada berlakunya peningkatan motivasi dan penglibatan pelajar. Plan pengajaran awal ialah menyepadukan aktiviti-aktiviti seni dan telah disesuaikan berdasarkan nota guru yang reflektif dan maklum balas pelajar. Kesannya kita dapati ramai pelajar sains sosial meningkat gred mereka setelah menyepadukan seni dalam aktiviti pembelajaran pilihan mereka.

Jurnal 2:

Kajian Tindakan Dalam Perkembangan Kurikulum Kasih Sayang di Taiwan: Bahagian II

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan Kursus penerapan kasih sayang yang dilakukan di Taiwan. Kursus tersebut mempunyai matlamat berikut:

  • Bagi mengkaji semula dan mengukuhkan konsep-konsep yang diajar dalam kursus tahun pertama iaitu permulaan kepada konsep kasih sayang.
  • Bagi memperkenalkan kemahiran menjaga remaja, orang-orang dewasa atau pertengahan umur, orang-orang yang lebih tua.

Jurnal 3:

Perubahan Dalam Wawasan: Guru-guru Melibatkan Diri Dalam Kajian Tindakan

Kajian ini dijalankan kepada graduan dalam bidang pendidikan untuk meneroka faedah-faedah bagi melengkapkan bakal guru dengan kajian tindakan. Pengkaji-pengkaji tersebut mengkaji bagaimana kursus kajian tindakan dapat mengubah berubah sikap guru-guru terhadap penyelidikan dan amalan-amalan dalam bilik darjah .

Isnin, 25 Mei 2009

JURNAL

Jurnal 3
Tajuk:
Changes in Vision: Teachers Engaging in Action Research. (2008)
Pengarang:
Susan Warren; Dan Doorn; James Green

JURNAL

Jurnal 2
Tajuk:
Action Research on the Development of a Caring Curriculum in Taiwan: Part II. (2007)
Pengarang:
Jane Lee-Hsieh, MSN, RN; Chien-Lin Kuo, MS, RN; Michael A. Turton, MA; Chin-Lung Hsu, MS; Hsiu-Chi Chu, MS

JURNAL

Jurnal 1:

Tajuk:
An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom. (2008)
Pengarang:
Courtney Kosky; Reagan Curtis
West Virgina University

Ahad, 24 Mei 2009

ULASAN BUKU

Nama Pengarang : Richard Sagor
Tahun Terbitan : 2005
Tajuk Buku : The Action Research Guidebook : A Four-Step Process for Educators and School Teams
Negeri Penerbit : Thousand Oaks, California
Nama Penerbit : Sage Publications Company
Di dalam buku ini menjelaskan bahawa pengertian kajian tinakan ialah satu siasatan atau kajian yang dijalankan oleh seseorang untuk mengambil tindakan berkenaan tindakan mereka sendiri untuk tujuan bagi memperbaiki tindakan-tindakan akan datang mereka.
Apa yang saya dapat fahami daripada buku ini ialah kajian tindakan sebenarnya terbahagi kepada 4 peringkat, iaitu:
  • Mengenal pasti visi dan target
  • Membuat teori
  • Melaksanakan tindakan dan mengumpul data
  • Refleksi data dan melakukan plan tindakan

4 peringkat ini akan membantu kita bagaimana untuk kita memperbaiki praktis untuk mencapai matlamat iaitu kecemerlangan pelajar.

Terma dan Konsep

Terdapat 3 soalan yang sering ditanya bagi memastikan ianya benar-benar kajian tindakan atau sebaliknya. Jika ketiga-tiga jawapan daripada soalan itu "Ya" bermakna kajian tersebut memenuhi kehendak kajian tindakan . Sekiranya jawapan yang diperoleh "Tidak" bagi ketiga-tiga soalan atau salah satu daripadanya, maka perlu membuat semula kajian tersebut.

3 soalan itu ialah:

  1. Adakah kajian itu berfokus kepada tindakan profesional?
  2. Adakah pngkaji mempunyai kuasa untuk menyelaraskan tindakan masa depan berdasarkan keputusan?
  3. Adakah pengukuhan itu perlu?

Di dalam buku ini pengarang juga menerangkan bahawa kajian tindakan seperti kebanyakan jenis-jenis kajian amnya adalah dijalankan untuk salah satu daripada dua tujuan, iaitu:

  1. Kenal pasti perkara yang sedang berlaku
  2. untuk menguji satu hipotesis

Antara lain, pengarang menjelaskan 5 strategi khusus yang boleh membantu para pengkaji yang melakukan kajian tindakan dalam pendidikan dalam mengenal pasti keutamaan kajian iaitu:

  • Penulisan refkektif

Menggunakan penulisan reflektif untuk mendapatkan fokus sesuatu kajian

  • Jurnal

Menggunakan Jurnal untuk kenal pasti fokus kajian tindakan

  • Menemuduga reflektif

Proses ini di mana pengkaji mengambil maklumat daripada individu lebih kurang 15 minit seorang. Meti diingati bahawa menemuduga reflektif adalah bukan satu perbincangan.

  • Wacana analitis

Ianya lebih kurang dengan kaedah menemuduga reflektif tetapi kaedah ini mempunyai formatnya yang tersendiri, iaitu:

  1. Pembentangan isu. Pengkaji mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk menerangkan bidang yang akan dikaji
  2. Menjelaskan soalan. Ahli panel boleh bertanyakan soalan jika tidak jelas tentang sesuatu
  3. Mengkaji soalan. Ahli panel bertanyakan soalan yang memerlukan pengkaji mencari jawapan dan memberi jawapan yang dapat difahami dengan mendalam.

Selain itu, semasa menjalankan satu wacana analitis tiga peraturan asas mesti diikuti oleh panel temuduga. peraturan-peraturan ini adalah direka untuk memastikan bahawa orang yang ditemu duga penyelidik mencapai kepada satu pemahaman peribadi yang lebih mendalam terhadap isu itu. Peraturan asas itu adalah:

  • Soalan sahaja, bukan komen
  • Tiada komen kritikan
  • Tiada Cadangan

4. Pasukan Reflektif. Setiap orang dari ahli kumpulan mesti memberikan jawapan kepada 4 soalan dalam masa 15 minit.

Dalam buku ini juga pengarang menjelaskan mengenai penapisan fokus. Seseorang pengkaji seharusnya mengetahui atau jelas mengenai matlamat yang ingin dicapai. Sekiranya matlamat jelas, barulah kajian yang dijalan kan akan berhasil. Bagaimana cara membuat penapisan fokus? Caranya ialah dengan melakukan "postmortem", membandingkan pengalaman kita dengan pengalaman orang lain supaya dapat mengetahui kesalahan dan sebagainya, mengumpul maklumat dari rakan sekerja, kajian kepustakaan dan lain-lain.