Selasa, 19 Mei 2009

KULIAH 4

KAJIAN KEPUSTAKAAN
Kajian kepustakaan bermaksud sorotan ke atas bahan ilmiah. Ianya dilakukan secara kritikal terhadap isi yang dikemukakan. Kajian kepustakaan juga adalah proses umum yang dilakukan peneliti dalam usaha menemukan teori.

Langkah-langkah membuat kajian kepustakaan ialah:

1. Menbandingkan dan membezakan

Cari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa

Kemahiran ini digunakan apabila,

  • terdapat 2 ciri atau lebih ciri atau kemungkinan
  • membuat pilihan atau keputusan

Langkah-langkah

  • perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosedur, pengumpulan data, analisis data)
  • kenal pasti ciri kajian tindakan
  • tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama
    nyatakan ciri itu sama atau beza

2. Menganalisis

  • mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagiaan yang kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
  • untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan kenali prinsip yang terlibat.
  • kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir


3. Menilai

  • membuat pertimbangan dari segi kekuatan dan kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah.
  • kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
    -memilih sesuatu
    -menerima atau menolak idea


4. Membuat kesimpulan

  • membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
  • digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan , meramal dan menyokong pernyataan.


5. Mensintesis

  • menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang asing untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan atau esei atau lukisan.
  • digunakan untuk:
    -membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan