Selasa, 19 Mei 2009

KULIAH 3 (DR IZHAM)

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.

Menurut Oliver (1996) dalam buku 'The Management of Educational Change : A Case Study Approach', perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.
Perubahan terbahagi kepada 4 jenis
  • perubahan ke arah peningkatan
  • perubahan strategik organisasi
  • perubahan reaktif
  • perubahan akibat daripada jangkaan

Model perubahan terbahagi kepada 4 jenis

  • Model Penggabungan Roger
  • Model Kanter
  • Model Rant
  • Model ACOT

Perubahan merupakan kompleks dan dikaitkan dengan Evolusi&Revolusi

Evolusi bermaksud perubahan yang menghasilkan kesan sedikit dalam tempoh yang panjang, manakala Revolusi pula ialah perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan.

Perubahan itu Multidimensi, terdapat 6 dimensi iaitu :

  1. Tujuan Perubahan
  2. Unit Perubahan
  3. Sifat Perubahan
  4. Magnitud Perubahan
  5. Skop Perubahan
  6. Jangka masa Perubahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan